Hishamuddin Rais
Menurut satu sumber, sumpah laknat berkeupayaan untuk membuka satu pasaran yang lebih luas. Untuk membuktikan hujah sesetengah saudagar agama, satu sumpah laknat telah dipentas di Masjid Sentul. Para pelakon untuk bersumpah telah dipilih khas.
Berbanding dengan sumpah laknat tiga tahun dahulu, kali ini sumpah laknat lebih teratur dari segi pengurusan media. Secara terancang media telah membuat laporan berminggu-minggu tanpa putus tentang sumpah laknat. Laporan media ini cukup membantu kerana di hari pementasan, Masjid Sentul yang biasanya kosong tiba-tiba telah penuh sehinggakan tidak ada tempat untuk bersembahyang.
Untuk merancakkan kempen sumpah laknat ini, para pelakon telah diminta untuk memakai baju kalis peluru. Ini adalah taktik sensasi untuk memastikan berita sumpah laknat di Masjid Sentul ini akan mendapat laporan CNN, BBC, PBB, DDT, PIBG, JKK, SITC, MMC, KLM, BOAC, MTD, TT dan CCTV.
Menurut saudagar agama dari sebuah negeri di Utara semenanjung Malaysia, sumpah laknat ini juga boleh difrancaiskan. Malah beberapa buah masjid di Malaysia ini perlu menyediakan kelengkapan khas untuk menjalankan Sumpah Laknat. Masjid Sentul boleh dijadikan masjid contoh khusus untuk membuat sumpah laknat.
Para pelancong dari Eropah yang menghadapi banyak masalah undang-undang atau terbelenggu dengan kes saman menyaman boleh datang ke Malaysia untuk melafazkan sumpah laknat. Saksi, penterjemah dan pemandu pelancong wajib disediakan oleh masjid-masjid. Masjid juga dikawal untuk memastikan hanya yang telah mendapat lesen sahaja dibenarkan untuk menjalankan upacara sumpah laknat.
Malah sesudah sumpah laknat dilafaz, satu watikah akan dikeluarkan untuk mensahihkan sumpah ini. Masjid-masjid yang menjalankan sumpah laknat ini wajib terus dikawal untuk memastikan perniagaan sumpah laknat ini terjamin kualitinya. Dengan kualiti yang terjamin bukan sahaja pelancong akan berpusu-pusu masuk ke Malaysia, malah jabatan berkaitan boleh membuka cawangan sumpah laknat di luar negara.
Pasaran sampingan
Mengikut jurucakap jabatan itu yang tidak mahu namanya disebut, perniagaan sumpah laknat ini berpotensi untuk membuka satu pasaran yang luas.
Di Malaysia perniagaan sumpah laknat ini pasti akan dilesenkan hanya kepada Melayu-Bumiputera sahaja. Tidak ada lesen akan dikeluarkan kepada non-Bumiputera. Ini untuk memastikan industri sumpah laknat ini tidak akan jatuh ke tangan bangsa lain.
Sumpah laknat ini juga akan membuka pasaran sampingan baru. Pelajar Bumiputera yang kini terlatih di Timur Tengah berkemungkinan untuk menjawat kerja-kerja yang bersangkutan dengan sumpah laknat. Malah universiti tempatan boleh membuka kursus sumpah laknat sebagai mata pelajaran wajib.
Hingga ke saat ini, Kementerian Pelancongan masih lagi belum membuat apa-apa keputusan. Kementerian sedang dalam dilemma. Tidak pasti cadangan dan kertas kerja mana yang akan menjadi asas kempen pelancongn tahun 2011 ini.
Cadangan dari Profesor Sintok juga memiliki merit untuk diimplementasi. Dalam masa yang sama cadangan dari beberapa jabatan juga amat menarik. Sokongan saudagar agama dari sebuah negeri di Utara semenanjung terbukti telah membantu jabatan itu.
Ketika ini pelancongan adalah mata pencarian utama untuk Malaysia. Ini kerana harga getah dan kelapa sawit telah jatuh. Pendapatan dari ekspot bahan bakar minyak pula telah semakin berkurangan. Semua ini menjadikan perlancongan sebagai sumber utama negara Malaysia.
Simbol pelancongan
Tidak dapat tidak, ekonomi Malaysia hari ini sedang berhadapan dengan dua pilihan, satu daripadanya sumpah laknat. Tersalah pilih akan membawa akibat yang maha dahsyat. Tersalah pilih akan membawa porak-peranda yang akan memerosotkan ekonomi negara.
Sebelum ini, terdapat jabatan yang bermati-matian mengajukan sumpah laknat sebagai kempen pelancongan untuk tahun 2011. Cadangan ini kelihatan telah mendapat sokongan dari ramai peniaga dan saudagar-saudagar agama. Paling jelas sokongan datang dari beberapa orang saudagar agama dari sebuah negeri di Utara.
Para saudagar ini melihat dengan wujudnya sumpah laknat ini, maka saham dan peranan para saudagar agama ini akan melonjak. Malah besar kemungkinan pandangan dan pendapat para saudagar akan terus dilanggani oleh Kementerian Prelancongan.
Bayangkan selama ini, terutama anak muda, langsung 'tidak ambil pot' terhadap para saudagar ini. Berbuih-buih mulut para saudagar menjaja ke hulu ke hilir tetapi tidak ada sesiapa yang ambil pot. Apabila Kementerian Perlancongan membukakan tender dan mencari cadangan untuk kempen tahun 2011, maka para saudagar agama melihat ini adalah peluang terbaik. Ini bukan lagi durian runtuh tetapi ini peluang untuk membuka jalan mendapat kontrak. Silap-silap mungkin para saudagar agama ini akan diberi slot di televisyen untuk membuat program.
Cadangan ini telah tersebar di media. Berita ini telah menjadikan Profesor Sintok mengelabah. Para profesor melihat saudagar ini telah potong jalan. Mereka merasakan jika cadangan ini diterima oleh Kementerian Perlancongan maka 'soro' para profesor akan tergelincir. Masa depan Profesor Sintok ini semakin gelap. Mereka tidak lagi akan dipanggil untuk berseminar. Mereka mungkin akan menjadi tidak relevan.
Ada satu pekara yang paling menakutkan para profesor ini apabila tulisan ilmiah mereka mungkin tidak lagi diterima oleh akhbar arus perdana. Jika ini berlaku maka runtuhlah harapan dan masa depan mereka. Jika akbar tidak menerima tulisan, di manakah peluang untuk profesor ini menulis. Tidak ada jurnal yang sanggup menerbitkan tulisan para profesor ini. Bayangkan, jika editor hiburan pun menolak tulisan profesor ini bermakna dunia intelektual mereka akan gelap.
Cadangan ini hampir-hampir diterima oleh kabinet. Tetapi jabatan berkaitan tadi dengan licik dan bijak telah menggunakan saudagar agama dari Utara semenanjung untuk menghidupkan cadangan agar sumpah laknat yang sepatutnya dijadikan simbol pelancongan tahun ini.
Berkatalah yang benar walaupun pahit untuk ditelan. Kerana yang pahit itu ubat dan yang manis itu racun
Translate
10 Mei 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4U2C Posts
News Story
-
-
Nadiya Hussain’s recipes for chicken half-moons and rice paper tteokbokki - Aromatic snacks stuffed full of flavourful chicken mince, and a comforting Korean stew I use a lot of rice paper and always have plenty at home, because ...Sejam yang lalu
-
Andrew charged taxpayers for massage when envoy, claim ex-civil servants - Whistleblower former civil servants claim there was too little scrutiny of Andrew's costs as UK trade envoy.2 jam yang lalu
-
U.S. stock futures, dollar and bitcoin drop as investors await clarity on Trump’s latest tariff plans - U.S. stock-index futures declined Sunday, as investors grappled with the implications of Friday’s Supreme Court ruling that overturned most of President Do...3 jam yang lalu
-
France will summon Ambassador Charles Kushner over US comments on activist’s death - Politico - 1. France will summon Ambassador Charles Kushner over US comments on activist’s death Politico 2. France summons US ambassador over comments ...4 jam yang lalu
-
-
S&P 500 closes nominally higher amid COVID-19 spikes, muted data - The S&P 500 closed nominally higher on Thursday as investors weighed a resurgence in coronavirus infections and the possibility of a new round of shutdowns...5 tahun yang lalu
-
NPR News: 03-20-2020 3PM ET -5 tahun yang lalu
-
Dozens killed in violence in Sudan's West Darfur state - At least 24 people dead after an IDP camp was attacked following a dispute between Arab and African ethnic groups.6 tahun yang lalu
-
HBO CEO Resigning Amid AT&T Restructuring - HBO Chairman and Chief Executive Richard Plepler said he is stepping down, a move that comes as new owner AT&T Inc. is looking to put its own stamp on the ...6 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
SELSEMA
-
ART: We Didn’t Kowtow — We Calculated - There are moments in public policy when you don’t need to argue anymore. You just lean back, sip your kopi, read the headlines — and whisper, “*I told yo...Sehari yang lalu
-
Best shoulder replacement surgeon in Noida contact number 9654832287 - Best shoulder replacement surgeon in Noida contact number 9654832287 Shoulder replacement surgeon, or shoulder arthroplasty, is a procedure where damaged...Seminggu yang lalu
-
Heal UMNO, Then Unite the Malays - "UMNO Must First Mend Our Own House Before Seeking Unity To The Wider Malay Community. A Fractured Party Cannot Credibly Lead A United Cause. Unity B...5 minggu yang lalu
-
Naratif Baru PN, YDP AGONG Lantik Orang Tidak SAH Jadi PM - Nampaknya PN makin terdesak untuk jatuhkan kerajaan... Semalam, anggota PN yang juga pelampau Hindu wayta morthy telah memulakan naratif yang mana pelan...6 bulan yang lalu
-
-
-
PH 22 BULAN BERKUASA PENIPU CAKAP TIADA LAGI LANTIKAN POLITIK JADI DUTA KHAS ?? - MAHU PERCAYA LAGI KE JANJI DAN CAKAP PARTI PAKATAN HANCING INI ? APA YANG MEREKA CAKAP MEREKA TAK BUAT ... MEREKA ATTACK ZAMAN BN LANTIK AHLI POLI...3 tahun yang lalu
-
PAU 2019: UMNO MENUJU NARATIF POLITIK BAHARU - SECANGKIR KOPI 37 PAU 2019: UMNO MENUJU NARATIF POLITIK BAHARU Hampir seminggu berlalu Perhimpunanan Agung UMNO 2019 (PAU 2019) melabuhkan tirainya. Se...6 tahun yang lalu
-
Padang Besar - Alor Stat - Penang - Ipoh - Tempoh 2 hari memang tidak mencukupi. Selain Hatyai ada banyak lagi tempat boleh diteroka di Selatan Thai ini...lebih kepada pelancongan alam semulajadi...6 tahun yang lalu
-
Just an amusing observation.. - Brightest students in A class, studied Science, became engineers, doctors, architects, building the country etc. Students in B class, studied Commerce, be...6 tahun yang lalu
-
Prostitution in Pakatan Harapan - Prior to General Election, this guy, a workers' union leader call for 14 million workforce in Malaysia to vote Pakatan Harapan. It end up, he come out wit...7 tahun yang lalu
-
0812 2165 4304 | Dimana beli Karbon Aktif Calgon - call 0812 2165 4304 kalau Anda bingung dimana beli Karbon Aktif Calgon! Baik Anda ingin beli karbon Aktif Calgon ecer maupun grosir Harga karbon aktif Cal...9 tahun yang lalu
-
CAWANGAN UMNO - PAK TURUT ATAU PEJUANG AGAMA, BANGSA DAN NEGARA? - Berkabung untuk UMNO Cawangan UMNO akan bersidang di saat UMNO dikuasai oleh pemimpin yang terpalit dengan pelbagai noda dan dosa. Adakah mereka akan te...9 tahun yang lalu
-
-
Catatan Di Belakang Tirai Besi - Assalamualaikum dan salam sejahtera, 1. Ketika anda membaca catatan ini saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan selepas...10 tahun yang lalu
-
-
Kecoh..? Datuk Ismail Kijo Dapat Surat Akuan Bersumpah Sebagai Hadiah Perkahwinan...? - *Terlebih dahulu nak wish la Selamat Pengantin Baru buat Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.....* *Cayalah Datuk, bini baru muda giler tuu. Mem...11 tahun yang lalu
-
RAFIZI RAMLI PUNYA TEORI EKONOMI SETARAF JAMBAN PENUH.. - Kata rafizi ikut teori ekonomi pala hotaknya Kalau pakatan perintah Minyak turun dan harga barang pun turun.. http://theflyingkick.blogspot.com/2015/01/raf...11 tahun yang lalu
-
Sejak Sinar Harian Pro Pembangkang ... IKLAN SEKS Jadi Sumber Rezeki! - Puak2 Pakatan Rakyat dan media2 mereka memang tak boleh lekang dengan SEKS! Tak tau la napa ... Bukan fitnah aaa ... tgk sendiri.12 tahun yang lalu
-
A Goat Named 'Shahrukh Khan' in Bakrapur - Shahurkh Khan Unlike Anurag Kashyap’s more elaborate ode to Amitabh Bachchan by making a short film on him in *Bombay Talkies*, actor-filmmaker Makarand D...12 tahun yang lalu
-
Bangsa Melayu Dan Fakta Yang Terselindung - Oleh Mazlan Nordin KISAH fenomena Melayu bersambung. Telah dinyatakan adanya: Realisasi yang paling nyata daripada mimpi lama ialah wujudnya kesatuan “Duni...13 tahun yang lalu
-
LIM GUAN ENG ~ CELUPAR TERLAMPAU - KETUA MENTERI TERLAMPAU~ Sanggup berkata hina kepada PDRM negara ini. Sebagai Ketua Eksekutif sebuah negeri yang didominasi oleh KETURUNANNYA sepatutnya p...13 tahun yang lalu
-
PERGINYA SEORANG LAGI NASIONALIS MELAYU - KUALA LUMPUR 22 Mac 2012 - Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Mazlan Nordin, 87, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dekat sini pada p...13 tahun yang lalu
-
Pakatan Rakyat Punca Api Perkauman Isu KFC i-City - Salam,... :) Setelah mengikuti perkembangan kejadian pergaduhan antara staff KFC (berbangsa Melayu) dan pelanggan (berbangsa Cina) di restoran KFC i-City,...14 tahun yang lalu
-
Antara penyebab kekalahan teruk PAS di PRU akan datang. - Semenjak bergabung dengan gerombolan Pakatan, PAS semakin terpinggir dari sokongan rakyat khusunya bangsa melayu. Walaupun perkara ini tak diakui oleh pe...14 tahun yang lalu
-
Karpal Singh peguam dan juga saksi Anwar meliwat ? - *Penasihat PKR, si Anwar mungkin bakal mencatat sejarah tersendiri sekiranya Karpal Singh disapina sebagai saksi Pendakwaraya dalam kes liwatnya dengan Sa...15 tahun yang lalu
-
Coming Soon - 'Coming Soon' will be The Best Moment in my life. *My Wedding Day...* Today is Sept 25th 2010... Around 2 and half month until the best moment in my life (...15 tahun yang lalu
-
Najib-Kerajaan Tidak Tolak Untuk Lantik Anak Sabah. - *Kerajaan tidak menolak cadangan untuk menempatkan anak Sabah sebagai Ketua Jabatan Persekutuan di negeri ini.* Malah, ketika ini, 37 daripada 80 jawatan...15 tahun yang lalu
-
EKUITI BUMIPUTERA 30% - AKU BANTAH MCA , AKU BANTAH PERKASA - Pemilik blog ini dgn keras membantah usaha MCA dan seangkatan denganya yg mencadangkan ekuiti bumiputera di kurangkan secara beransur-ansur dan kami juga ...15 tahun yang lalu
-
NIK AZIZ KENA TIPU - Lanjutan dari perhimpunan mendesak Nik Aziz meletak jawatan didepan pintu masuk ke Kota Darulnaim oleh Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan, jemaah-jemaah Pas...16 tahun yang lalu
-
-
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan