Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan pelawaan debat seorang anggota exco kerajaan negeri atas kapasiti peribadi kepada seorang pemimpin DAP Perak, sebagai hak individu itu sendiri, dan yakin ia boleh mencetuskan satu perdebatan yang sihat.
Bagaimanapun, beliau yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri mempersoalkan mengapa pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham meletakkan syarat tertentu untuk berdebat dengan Ketua Pemuda MCA Perak Datuk Dr Mah Hang Soon.
"Ini adalah hal antara mereka. Jadi, biarlah mereka menyelesaikan hal ini, tetapi kenapa (Ngeh) meletakkan syarat (Dr Mah mesti mendapat persetujuan sebagai wakil kerajaan negeri BN untuk berdebat).
"Ini hak Dr Mah, kenapa (pembangkang meletakkan syarat) perlu mendapat 'lampu hijau' dari kerajaan negeri" katanya kepada pemberita ketika melawat Pejabat Tanah dan Galian di sini.
Dr Zambry diminta mengulas pelawaan debat terbuka oleh Dr Mah pada Julai lepas untuk membandingkan dasar pentadbiran kerajaan negeri BN dengan pakatan pembangkang.
Beliau berkata selama ini pembangkang sering mengkritik Dr Mah, dan kini anggota exco kerajaan negeri itu berasa terpanggil untuk memberitahu masyarakat mengenai cerita di pihaknya pula.
BERNAMA
U.S. stock futures drop as investors await clarity on Trump’s latest tariff
plans
-
U.S. stock-index futures declined Sunday, as investors grappled with the
implications of Friday’s Supreme Court ruling that overturned most of
President Do...
Sejam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan