Translate

21 Januari 2010

Benarkah MB Hilang Jawatan Ketua Bahagian

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kuala Selangor yang diketuai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dibubarkan setelah 13 ahli jawatankuasanya (AJK) meletak jawatan.
 
Kesemua 13 AJK berkenaan termasuk Ketua Angkatan Muda (AMK), Nazaruddin Darmawan dan Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman meletak jawatan secara berperingkat bermula November lalu hingga kelmarin.

Mereka bertindak demikian kerana hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Selangor.

Pengumuman pembubaran PKR Bahagian Kuala Selangor itu dibuat oleh Timbalan Ketua bahagian itu, Arshad Abu Bakar di sini hari ini.

Dengan pengumuman itu, bermakna Abdul Khalid hilang jawatan Ketua Bahagian sehingga pemilihan baru diadakan yang dijangka pada Mac ini.
Arshad pada sidang akhbar juga berkata, pembubaran itu dibuat kerana AJK bahagian itu yang dipilih pada Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian 2007 (untuk sesi 2007-2010) kini hanya tinggal tiga orang.

Beliau berkata, ia selaras dengan Artikel 25.7 (Pindaan 25.9) Perlembagaan PKR iaitu jika dua pertiga daripada AJK bahagian berhenti serentak, Majlis Pimpinan Pusat hendaklah mengadakan mesyuarat agung khas untuk melantik semula AJK baru.

''Kita mempunyai 30 AJK bahagian. Mereka yang dipilih dan mempunyai kuasa hanya 20 orang manakala 10 lagi adalah lantikan.

"Sekarang 13 daripada 20 yang dipilih telah meletak jawatan, dua lagi meninggal dunia, seorang keluar parti (Azmi Mohamad) dan seorang lagi dipecat (Ketua Penerangan, Ibrahim Mahidin). Jadi, yang tinggal hanya tiga orang iaitu saya, Abdul Khalid serta seorang AJK iaitu Faridah Abdul Rahman. Mengikut Perlembagaan PKR, bahagian ini boleh dibubarkan kerana tidak cukup ahli," katanya.

Menurut Arshad, peletakan jawatan beramai-ramai dibuat kerana AJK telah hilang kepercayaan dan kecewa dengan kepimpinan Abdul Khalid yang tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua.

Jelasnya, AJK bahagian juga berasa terpinggir dan diabaikan kerana sejak 14 bulan lalu, tiada mesyuarat diadakan menyebabkan aktiviti dan gerak kerja tidak dapat dilakukan.

Malah dakwanya, PKR Bahagian Kuala Selangor tidak mempunyai pejabat pentadbiran sendiri sebaliknya menggunakan kemudahan Pejabat Kerja Menteri Besar di Pekan Ijok yang dibiayai oleh kerajaan negeri.

"Abdul Khalid juga mula mewujudkan jurang dan tidak percayakan AJK yang dilantik, bersikap diktator, angkuh, membawa gaya pentadbiran autokrasi dan langsung tidak mengambil inisiatif untuk memperkukuhkan parti walaupun ada ahli keluar parti.

"Segala pengorbanan, tenaga dan penat lelah AJK di awal penubuhan parti sehingga berjaya merampas Selangor daripada Barisan Nasional (BN) juga tidak dihargai. Ini bukan rintihan kami sebagai AJK sahaja malah juga sebagai penyokong PKR," kata beliau.

Sehubungan itu kata Arshad, pembubaran itu diharap dapat mengubah kepimpinan bahagian tanpa Abdul Khalid. (Azian Aziz)

14 Januari 2010

Kes Saman RM800 Juta : Jawab PAS Jangan Tak Jawab.

Barisan Nasional (BN) Kelantan mempunyai bukti lengkap menunjukkan kes ganti rugi RM800 juta yang perlu dibayar kerajaan negeri kepada sebuah syarikat bukan berpunca daripada kesilapan pentadbiran kerajaan BN sewaktu memerintah negeri itu sebelum ini.


Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, walaupun pimpinan kerajaan Pas Kelantan hari ini meletakkan kesalahan itu kepada kerajaan BN namun fakta yang ada menunjukkan sebaliknya.

“Kita ada maklumat lengkap bahawa Pas memang bersalah dalam isu ini dan kerajaan juga sedang mengumpul pelbagai maklumat lain lagi. Semua fakta yang ada menunjukkan mereka bersalah,” katanya.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri bercakap pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan Menteri Perdagangan dan Industri Mesir, Eng Rachid Mohamed Rachid di Menara Matrade di sini hari ini.

Hadir sama timbalan beliau, Datuk Mukhriz Mahathir.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan mengulas pengakuan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, bahawa UMNO tidak bersalah sepenuhnya dalam isu itu.

Semalam, Husam berkata, kerajaan negeri tidak meletakkan sepenuhnya kesalahan ke atas bahu pemimpin UMNO yang mentadbir Kelantan pada era sebelum Pas.

Sebaliknya, kata Husam, kerajaan negeri semasa akan bertanggungjawab mencari penyelesaian melalui mahkamah untuk menghadapi kes itu.

Kenyataan itu berbeza dengan pendirian Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang menyalahkan kerajaan BN kerana Pas terpaksa mewarisi kesilapan tersebut.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, berikutan kenyataan Husam itu, kerajaan Pas Kelantan kini terpaksa menelan malu setelah Nik Aziz dan Mohd. Amar sebelum itu membuat tuduhan sebaliknya.

“Ini bukan kali pertama Pas membuat kenyataan menyalahkan BN atas masalah yang mereka tanggung.

“Mereka membuat secara melulu sehingga akhirnya wujud percanggahan pendapat di kalangan mereka sendiri kerana fakta menunjukkan sebaliknya.

“Itulah cara Pas berpolitik. Mereka politikkan semua isu bagi meraih sokongan rakyat walaupun sebagai kerajaan negeri, parti itu perlu bertanggungjawab menyelesaikan masalah bukan menuding jari kepada pihak lain,” katanya.

Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Kota Bharu memerintahkan kerajaan negeri membayar ganti rugi RM800 juta kepada Timbermine kerana melanggar kontrak pada tahun 1964.(UM)

Bimbang Rakyat Lupa, Kelantan Rancang Percepat Bawa Pulang Sultan

Kerajaan negeri kini sedang merancang untuk mempercepatkan proses membawa pulang Sultan Kelantan untuk mendapatkan rawatan susulan di hospital negara ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata cadangan itu berikutan kebimbangan terhadap reaksi rakyat negeri ini yang dilihat semakin kurang bertanya dan menyebut mengenai Sultan Kelantan berbanding sebelum ini.

"Saya perasan dah lama rakyat tidak tanya apa-apa pasal Sultan. Saya berasa sangsi lama sangat Sultan tidak ada, saya bimbang Sultan terlupa dari ingatan rakyat.
"Kerajaan sedang rancang sebaik-baiknya untuk bawa balik Sultan ke dalam negara," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, keputusan membawa pulang Sultan ke dalam negara itu bergantung kepada laporan dari panel kesihatan yang telah dilantik.

Sultan Ismail Petra Ibni AlMarhum Sultan Yahya Petra dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura sejak 24 Mei lalu dan masih menerima rawatan doktor pakar di hospital terbabit.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Nik Aziz mengingatkan rakyat negeri ini agar mematuhi dan mentaati titah dan arahan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra.

"Kerajaan negeri yakin Yang Maha Mulia Pemangku Raja telah bertindak dengan sehabis baik Baginda untuk melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan kepada Baginda iaitu menjalankan kuasa, tugas dan tanggungjawab Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan di bawah perlembagaan (Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan).

"Oleh itu mematuhi dan mentaati titah dan arahan Yang Maha Mulia Pemangku Raja bermakna mematuhi dan mentaati titah dan arahan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan," katanya.

Justeru itu, Nik Aziz meminta semua pihak sama ada para pegawai kerajaan, pemimpin masyarakat serta seluruh rakyat Kelantan agar menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Pemangku Raja. - Bernama

12 Januari 2010

Kalimah ALLAH : Cerdik Dalam Bodoh Atau Bodoh Dalam Cerdik.


Oleh kerana isu kalimah ALLAH sekarang ini semakin panas, sepanas api yang marak membakar gereja oleh budak-budak bebal. Jadi aku ingin melontar sedikit pandangan berkaitan isu tersebut, nak ulas panjang-panjang takut di ISA kan pula. Ini kerana Kem Kemunting tengah lapar dan menterinya yang auuwww pula dah mula gatal-gatal tangan nak sain surat penahanan yang  sedang mencari 'Kambing Hitam' sekarang ini.

Apatah lagi dengan demotrasi sana sini kerana membantah  keputusan Mahkamah Tinggi yang telah memihak kepada akhbar mingguan  The Herald Catholik Weekly menggunakan kalimah ALLAH dalam terbitan edisi Melayunya. Sebagaimana Umno mempertahankan ketuanan Melayu adalah milik mutlaknya, sekarang mereka menyatakan kalimah ALLAH adalah milik mutlak agama Islam pula.

Antara sedar atau pun tidak kerana mungkin mereka cerdik dalam bodoh atau pun bodoh dalam cerdik, akhbar tersebut telah pun menggunakan kalimah ALLAH berkali-kali ketika keputusan tersebut belum lagi diberi kebenaran oleh Mahkamah Tinggi. Kenapa aku kata begitu?

Apa tidaknya kerana semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi, akhbar tersebut pasti akan melapor akan perkembangan kes tersebut. Jadi dalam laporan akhbar kes itu, mereka akan menulis kalimah ALLAH untuk tatapan umum. Akhbar tersebut akan menulis kalimah ALLAH... ALLAH..... ALLAH dan tidak kepada Tuhan Orang Islam untuk merujuk perkembangan kes itu.

Kenapa dari awal-awal lagi sebelum keputusan di umumkan oleh Mahkamah Tinggi, tiada kedengaran bantahan daripada dikalangan orang Melayu/Islam. Tetapi mereka hanya membantah dan melakukan demotrasi setelah Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada akhbar Herald. Tidakkah bebal namanya, dari aspek kejahilan tentang Islam buat orang Melayu/Islam yang konon-kononnya tahu,arif dan alim tentang hukum hakam agama Islam.

Itulah jadinya bila sekadar menjadi Pak Pacak untuk Umno yang sentiasa mempermain-mainkan sentimen orang Melayu setelah mereka merasakan yang Umno sudah dipenghujung usia. Sudah menjadi tabiat Umno akan meniupkan api kemarahan dikalangan orang Melayu walau pun kita tahu mereka akan  sentiasa menafikan penglibatan mereka yang bertangan ghaib itu.

Jika di zaman Datuk Onn yang mana Umno menjadi parti elit orang Melayu dan juga anak emas penjajah British. Mereka mengambil peluang menjadi jaguh setelah mereka menjadi dalang disebalik pengharaman parti Hizbul Muslimin dan PKMM dan penangkapan pemimpin-pemimpin parti tersebut dibawah undang-undang darurat. Diantara kata-katanya yang terkenal ialah,"Hubaya.....Hubaya..... Bahaya Dari Gunung" yang merujuk kepada Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqi.

Mereka mengambil alih sokongan orang Melayu terhadap penentangan 'Malaya Union' yang cuba dilaksanakan oleh penjajah British. Begitu juga dengan 'Peristiwa Hitam 13 Mei yang akhirnya PAS bersama-sama dengan Umno dalam Perikatan, kemudian di tukar menjadi Barisan Nasional. Selepas Umno pulih dan mendapat kembali sokongan daripada orang Melayu, PAS ditendang keluar daripada BN.

Dalam peristiwa 'Ketuanan Melayu' (bangsa Melayu pun bangsa pendatang) yang dibangkitkan oleh MCA, mereka sesama sendiri berkelahi yang mana pemimpin pembangkang menjadi mangsa kerakusan akta ISA. Sedangkan pemimpin pembangkang tidak langsung kena mengena dengan perbalahan tersebut. Itulah perangai Umno 'Dulu..... Kini...... Dan Selama-Lamanya' bila mereka merasakan parti perkauman Melayunya sudah hilang sokongan, mereka kan menciptakan isu dengan meniupkan api perkaumannya.

Sekarang ini aku tidak tahu siapa pula yang akan dimangsakan untuk memulih kembali imej mereka yang semakin tercemar dan hilang kepercayaan daripada orang Melayu/Islam. Mereka sudah mula mencucuk jarum kepada orang Melayu/Islam dengan isu kalimah ALLAH pula. Lihat dan renunglah wahai rakyat Malaysia bagaimana rakusnya Umno yang sudah terlalu terdesak dan kemaruk kuasa.

Rakyat Malaysia sepatutnya merasa malu dengan kepimpinan DS Najib dan Rosmah yang telah mencemarkan nama Malaysia dimata dunia. Daripada zaman Datuk Onn sehinggalah zaman Pak Lah memerintah, tidak pernah seorang Perdana Menteri Malaysia diberi sapina ataupun akan didakwa di luar negara. Tetapi Najib and Rosmah telah memecah record dunia di Perancis.

Walau bagaimana pun, sekurang-kurangnya Najib and Rosmah dengan One Malaysianya telah membuka mata penduduk dunia yang ada diantaranya tidak tahu langsung mengenai kewujudan negara Malaysia di peta dunia. Yang mereka tahu dan kenal ialah Singapura  yang kecil itu, sedangkan Malaysia lebih besar dan bersempadan dendan Singapura........ kenapa jadi macam tu ya.

Sekarang ini mereka sudah mula mencari-cari dan mengikuti perkembangan Malaysia, lebih-lebih lagi rakyat Mongolia dan Perancis........... Terima kasih Najib and Rosmah......... diatas jasa-jasa anda itu. Yang menjadi sedikit terkilan bagi rakyat Malaysia ialah, Rosmah tidak lagi mempunyai peluang untuk bershooping  atau pun untuk melihat peragaan pakaian musim bunga, musim luruh, musim sejuk, musim panas, musim beku dan bermusim-musim di Paris.

11 Januari 2010

Abdul Latif Rahbar: Kenapa perlu memilih mazhab? (Bahagian 3 )

Kita tidak berijtihad, tetapi kita memilih salah satu dari dua pendapat imam-imam. Bagaimana pula ini dikatakan sebagai ijtihad? Mengapa kita hanya perlu mengikut satu mazhab sahaja? Tidak bolehkah kita mencampur-adukkan semua pendapat dan memilih yang terbaik?

Menjawab persoalan di atas, ijtihad bermakna mengeluarkan pendapat. Apabila terdapat dua pendapat yang berlainan, memilih salah satu dari kedua pendapat itu juga dikira sebagai ijtihad. Ikhtilaf yang timbul antara mazhab hari ini sebenarnya adalah ikhtilaf dan perbezaan pendapat sejak zaman para sahabat lagi.

Sekiranya terdapat percanggahan pendapat antara dua sahabat, maka imam-imam akan terlebih dahulu meneliti yang mana satukah antara percanggahan tersebut yang lebih menepati syarak.

Hasilnya adalah ikhtilaf yang kita lihat pada hari ini. Imam Abu Hanifah lebih condong dalam memilih pendapat Ibnu Mas’ud misalnya dan Imam Syafie lebih kepada Ibnu Abbas. Tidaklah bermakna mereka tidak mengetahui pendapat sahabat-sahabat yang lain.

Jadi, apabila kita melihat terdapat dua pendapat yang berlainan, maka memilih salah satu ke atas yang lain juga dikira sebagai ijtihad kerana ini jualah amalan imam-imam mujtahid yang terdahulu. Dan untuk kita memilih salah satu dari pendapat tersebut kita mestilah mempunyai dalil dan nas yang cukup di samping mengetahui kesemua dalil dan nas, pro dan kontra masalah berkenaan.

Alasan bahawa kita tidak mengeluarkan pendapat dan masih berpegang kepada pendapat seseorang imam tanpa mengikut imam tersebut dalam lain-lain masalah adalah tidak dapat diterima sama sekali. Oleh itu sekiranya ada dalam kalangan kita yang mahu berbuat demikian, hendaklah dia fikirkan kesemua jawapan terhadap persoalan yang bakal dibangkitkan dari segi bahasa, usul, hadis dan lain-lain sebelum dia memilih untuk memilih sebarang pendapat kerana inilah yang telah dilakukan oleh mujtahid-mujtahid terdahulu.

Pernah satu ketika Khalifah Harun ar-Rashid mencadangkan kepada Imam Malik agar disatukan kesemua mazhab dan diambil yang terbaik. Jawapan Imam Malik ialah kesemua perbezaan pendapat adalah berdasarkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Sekiranya diambil satu sahaja dari kesemua perbezaan tersebut dan ditinggalkan yang lain sedangkan ada kemungkinan yang ditinggalkan itu sebenarnya tepat maka seolah-olah kita meninggalkan sunnah Nabi s.a.w. Jadi tiada keperluan untuk menyatukan semua mazhab apabila kesemua sunnah Nabi s.a.w dapat diamalkan walaupun oleh berlainan puak.

Majoriti ummah pada hari ini membaca al-Quran dengan riwayat Hafs daripada Imam ‘Asim al-Kufi. Seperti yang diketahui umum, terdapat 10 qiraat hari ini yang masih boleh dibaca dalam solat. Di utara Afrika misalnya mereka membaca al-Quran dengan riwayat Qalun atau Warsh dari Imam Nafi’ Madani. Ulama qiraat mengatakan bahawa qiraat yang boleh dibaca pada hari ini hanyalah sepuluh dan setiap sepuluh qiraat tersebut mencapai darjat mutawatir (terlalu ramai bersepakat mengenai cara pembacaannya sejak zaman Rasulullah s.a.w sehingga kini sehingga mustahil untuk mereka berkomplot untuk menipu mengenainya).

Semua ahli qiraat bersetuju bahawa diperbolehkan untuk membaca kesemua qiraat dalam satu tilawah dengan cara kita membaca setiap ayat beberapa kali di samping mengkhatamkan setiap cara bacaan. Ataupun kita kumpulkan kesemua qiraat tanpa mengulang ayat tersebut berulang kali, sebaliknya menghabiskan setiap qiraat terhadap setiap perkataan. Untuk memahami hal ini lebih lanjut kita bolehlah mendengar tilawah dari Syeikh Abdul Basit atau dari bacaan Syeikh Na’ina misalnya.

Pun begitu ahli qiraat mengatakan ketika tilawah tidak dibolehkan membaca satu ayat dalam sesuatu qiraat, kemudian membaca ayat yang berikutnya dalam qiraat yang lain kerana perkara ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pihak. Hal ini disepakati oleh semua sama ada pihak yang bermazhab atau selainnya. Jadi sekiranya kita tidak boleh mengambil qiraat dan membacanya bercampur-aduk dengan sesuka hati, bagaimana pula kita boleh mencampur-adukkan pendapat antara mazhab sesuka-hati?

Mengapa golongan yang tidak bermazhab dalam bidang fiqh bertaqlid dengan Imam Hafs dan Imam ‘Asim dalam bidang qiraat? Mengapa tidak mengatakan bahawa Imam ‘Asim tidak pernah memaksa sesiapun untuk bertaqlid dengan beliau? Mengapa soalan-soalan yang sering diutarakan dalam perbahasan fiqah langsung tidak pernah diutarakan dalam ilmu qiraat?

Sekiranya kita berpendapat perlu kita bertaqlid dengan Imam qiraat, maka tidak dapat tidak kita juga mesti bertaqlid dengan imam-imam mujtahidin.

10 Januari 2010

Sumpahan Buat Keluarga 'RAZAK'.......

 Apakah keluarga 'Razak' telah disumpah sebagaimana yang berlaku kepada Pulau Langkawi. Mahsuri telah menyumpah Pulau Langkawi selama tujuh keturunan tidak akan subur setelah beliau di hukum bunuh kerana fitnah. Tetapi siapa pula yang menyumpah keturunan 'Razak'?

Mungkin juga dari zaman datuk kepada ayah kepada datuk kepada moyang DS Najib, manalah tahu. Jika benar telah disumpah, siapakah yang menyumpahnya? Bila dan kenapa? Yang pasti, bukan Ghengis Khan atau Kublai Khan atau pun Merung Mahawangsa.

Mungkin keturunan beliau telah disumpah, tidak boleh memimpin tetapi sekadar dipimpin sahaja. Atau pun jika memimpin pun pasti tidak akan bertahan lama atau juga jika memimpin pun, pasti akan menjadi huru hara akan negara tersebut.

Ini berpandukan kepada fakta yang mungkin juga secara kebetulan sahaja. Dari zaman Datuk Onn yang  mengasaskan Umno tetapi terpaksa meninggalkan Umno lalu menubuhkan parti Negara. Di zaman Tun Razak yang membawa kepada 'Peristiwa 13 Mei'. Semasa Najib menjadi ketua pemuda Umno, beliau telah berbalah dengan pemimpin MCA (Lee Kim Sai) berkaitan 'Ketuanan Melayu'.
 
 Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.

Maka beraraklah para hulubalangnya kerana mempertahankan 'Ketuanan Melayu'nya dengan penuh berkobar-kobar. Hampir-hampir negara orang Melayu menjadi huru hara. Tak pasal-pasal para pemimpin pembangkang pula direhatkan di Kem Kemunting dan beliau bersama-sama dengan Lee Kim Sai berehat kat luar negara, dalam 'Operasi Lalang'.

Sekarang ini era beliau menjadi orang nombor satu di 'Negara Islam' pulak. Daripada Tanah Melayu kepada Malaya kemudian ditukar kepada nama Malaysia yang menjadi tersohor di serata dunia, lebih-lebih lagi di Mongolia. Dari Malaya menjadi Malaysia, dari negara Sekular menjadi negara 'Islam' dan dari 'Ketuanan Melayu menjadi 'Ketuanan Islam'.

Apabila mahkamah tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'ALLAH' didalam akhbar Herald, maka berteriaklah sekian hulubalang dan hamba rakyat. Dari yang tiada berumah sampai kepada yang berbanglo berpuluh-puluh juta, keluar mengangkat sepanduk untuk menunjukkan akan sayangnya mereka kepada kalimah 'ALLAH'.

Sayang seribu kali sayang, mereka ini seumpama orang yang sayangkan buku tetapi tidak pernah membaca atau menghayati apa isi kadungan buku tersebut. Dan kerana semangat itu jugalah yang membawa kepada pembakaran gereja. Dalam mempertahankan kesucian kalimah 'ALLAH', secara tidak langsung memcemarkan imej Islam dimata penganut agama lain.
 
Oleh itu pakar-pakar sejarah patut mengkaji akan sejarah yang mungkin belum lagi terbongkar tentang salasilah Najib. Sebagaimana dengan Hikayat Hang Tuah, Hikayat Seribu Malam, Hikayat Iskandar Zulkanain, Hikayat Merong Mahawangsa atau pun lain-lain hikayat yang mahsyur. Tidakkah ianya menjadi satu kebanggaan buat hamba rakyat 'Negara Islam Malaysia' dan lebih-lebih lagi 'Parti Islam Umno'.

Berbanggalah wahai hamba rakyat  1Malaysia semua kerana mempunyai memanda menteri tua yang bijak lagi saksama dalam menciptakan isu-isu yang sensasi lagi meletup bagaikan C4.

Abdul Latif Rahbar: Ilmu Hadith Belum Cukup Tanpa Fiqh (Bahagian 2 )

Ilmuan-ilmuan Islam yang terkenal seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud dan lain-lain imam muhaddithin yang mana mereka sudahpun menghafal ratusan ribu hadis masih tetap mengamalkan agama berdasarkan mazhab imam-imam mujtahid walaupun pada pandangan mata umum apalah perlunya mereka bertaqlid sedangkan mereka mempunyai ilmu agama yang jauh lebih daripada cukup?

Di sinilah bezanya antara fuqaha (ahli-ahli fiqh) dan muhaddithin (ahli-ahli hadith). Apabila seseorang itu mengetahui beribu hadis sekalipun, tetapi dia tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk membahaskannya, maka dia tidak layak untuk mengeluarkan sesuatu pendapat.

Mereka-mereka yang mempelajari Sunan Tirmizi pasti mengetahui bahawa apabila membincangkan masalah fiqh, Imam Tirmizi tidak pernah mengambil pendapat guru beliau Imam Bukhari, tetapi beliau menyebut nama-nama seperti Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad atau ulama Kufah iaitu Imam Abu Hanifah.

Imam Tirmizi hanya akan mengambil nama Imam Bukhari  apabila beliau membahaskan kesahihan atau status sesuatu hadis, kerana beliau mengetahui bahawa walaupun Imam Bukhari adalah pakar dalam bidang hadis, tetapi kepakaran Imam Bukhari dalam ilmu fiqh belum dapat menandingi kepakaran yang ada pada imam-imam mujtahid.

Dapat kita fahami di sini, bahawa setinggi manapun ilmu hadith seseorang itu, belum tentu dia layak mengeluarkan fatwa sekiranya dia tidak mempunyai ilmu fiqh yang cukup. Sekiranya datang dua nas bertentangan antara satu sama lain, yang mana kedua-duanya adalah sahih dan sama kuat, yang mana satukah akan kita ambil? Ini hanya dapat dilakukan seandainya kita mampu memahami selok-belok ilmu fiqah, bukan dengan hanya bersandarkan kepada kesahihan semata-mata.

Sebagai contoh ingin penulis menceritakan di sini perbahasan antara dua imam mujtahid Abu Hanifah dan Awza’I mengenai masalah mengangkat kedua belah tangan selepas bangun dari rukuk. Imam Awza’i mengatakan: “Saya meriwayatkan dari Salim, dari Nafi’ dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. mengangkat tangan dalam solat Baginda s.a.w.”

Lalu Imam Abu Hanifah menjawab: “Saya meriwayatkan dari Hammad, dari Ibrahim An-Nakh’i dari ‘Alqamah dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasulullah s.a.w tidak mengangkat tangan Baginda s.a.w.”

Imam Awza’i membalas: “Saya membawa sanad (rangkaian periwayat) yang lebih sedikit dan tuan ingin berhujah dengan sanad yang lebih perantaraannya?” (Mengikut pendapat ulama hadis, hadis yang lebih kurang perantaraannya antara perawi dengan Baginda s.a.w adalah lebih kuat dari hadis yang mempunyai lebih perawi, seperti yang tertera di atas bahawa antara Imam Awza’i dan Rasulullah s.a.w hanya tiga perawi dibandingkan dengan Imam Abu Hanifah yang mempunyai empat perawi).

Jawab Imam Abu Hanifah: “Hammad lebih faqih daripada Salim, Ibrahim An-Nakh’i lebih faqih daripada Nafi’ dan ‘Alqamah lebih faqih daripada Ibnu Umar walaupun beliau adalah seorang sahabat Nabi s.a.w. Dan Ibnu Mas’ud adalah Ibnu Mas’ud (siapakah yang dapat menafikan kefaqihan Ibnu Mas’ud?).”

Di sini Imam Abu Hanifah mengambil kira faktor kefaqihan perawi dalam mengeluarkan fatwa dan bukan bersandarkan kepada kekuatan dan nilai sesebuah hadis semata-mata. Pun begitu perlu diingatkan bahawa menurut pendapat Imam Syafie mengangkat tangan selepas rukuk adalah sunnah kerana ia adalah amalan penduduk Tanah Haram dan Syam, yang mana terdapat sekurang-kurangnya 35,000 sahabat dikebumikan di Syam.

Dalam sebuah hadith riwayat Sunan, Nabi s.a.w. bersabda: "Semoga Allah ta’ala menyegarkan fikiran orang yang mendengar perkataanku, lalu dia menyampaikannya sepertimana yang dia dengar. Betapa ramai orang yang disampaikan itu lebih memahami dari si pendengar asal itu sendiri."

Di sini Nabi s.a.w. sendiri mengkategorikan antara mereka yang menghafal hadis dan mereka yang memahami hadis. Kerana itulah Imam A’mash salah seorang perawi Bukhari telah berkata kepada anak murid beliau Imam Abu Hanifah: “Kamu wahai golongan fuqaha’ adalah doktor dan kami (golongan muhaddithin) hanyalah penjual ubat.”

Dalam I’lam al-Muwaqqi’in Imam Ibnul-Qayyim meriwayatkan bahawa satu ketika Muhammad bin Ubaidullah bin Munadi telah mendengar seorang lelaki bertanya kepada guru beliau Imam Ahmad bin Hanbal: “Apabila seseorang itu menghafal 100,000 hadith, adakah dia dikira sebagai seorang yang faqih?” Imam Ahmad menjawab: “Tidak.”

Dia ditanya lagi: “Sekiranya 200,000 hadith?” Balas beliau: “Tidak.” Orang itu bertanya lagi: “Sekiranya 300,000?” dan sekali lagi Imam Ahmad menjawab tidak.

Kemudian orang itu bertanya: "Bagaimana sekiranya dia menghafal 400,000 hadith?” Lalu Imam Ahmad mengisyaratkan dengan tangan beliau, “Lebih kurang begitulah.”

Riwayat di atas memberi gambaran jelas kepada semua, dengan hanya mempelajari beberapa ribu hadis belum tentu kita mampu untuk melayakkan diri kita dalam mengeluarkan pendapat sewenang-wenangnya. Apatah lagi bila hanya tahu beberapa kerat hadis?

Mengapakah kita perlu bermazhab?

Inilah soalan yang sering diajukan oleh ghair muqallidin (golongan tidak bermazhab). Jawapannya amat ringkas: Apabila kita tidak mempunyai ilmu yang cukup maka wajib untuk kita mendengar mereka yang paling arif, dan sekiranya kita mempunyai ilmu yang cukup maka haram untuk kita mengikut mana-mana mazhab.

Ini bersesuaian dengan mafhum firman Allah ta’ala dalam surah al-Mulk apabila Allah ta’ala menceritakan perihal penduduk neraka: "Dan mereka berkata: 'Sekiranya kami mendengar (patuh) atau kami memahami (akan agama) maka sudah tentulah kami tidak akan menjadi penduduk Sa’ir (Neraka)'".

Walaupun ayat di atas adalah berkenaan dengan iman, tetapi memandangkan konteks ayat adalah luas maka ulama berhujah tentang betapa pentingnya patuh kepada yang mahir. Dan sekiranya kita tidak mahu patuh maka kita sendiri mestilah menjadi dari golongan yang berakal dan memahami sedalam-dalamnya.

Sekiranya kita tidak berhati-hati, maka dikhuatiri kita akan terjebak lalu tergelungsur jatuh dan jauh menyimpang dari kehendak syariah walaupun pada asalnya niat yang sebenar adalah untuk menegakkan hukum Allah di atas muka bumi bersesuaian dengan yang di bawa oleh Baginda s.a.w.

Amalan ulama yang jauh lebih mahir berbanding kita sendiri adalah hujah yang kuat betapa kita tidak sepatutnya dengan sewenang-wenang mengeluarkan pendapat sendiri. Nama-nama seperti Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah, Tahawi, Ibnu Hajar, Ibnu Rushd, Sayuti, Ibnu Kathir adalah antara mereka yang bertaqlid dengan imam-imam mujtahid yang datang sebelum mereka.

Golongan yang tidak mengikut mazhab pada hari ini banyak menggunakan pendapat Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim dalam membahaskan pendapat mereka. Tidakkah mereka sedar bahawa keduanya adalah antara ulama ulung dalam mazhab Hanbali? Dan mengapa tidak sahaja mereka digelar Taimi sekiranya mereka merasakan bahawa pendapat Ibnu Taimiyyah sahaja yang berasaskan al-Quran dan Sunnah?

Adakah imam-imam mujtahid terdahulu tidak memahami sunnah sedangkan zaman mereka jauh lebih dekat dengan zaman Baginda s.a.w. dan para sahabat kalau nak dibandingkan dengan Ibnu Taimiyyah yang datang enam hingga tujuh abad selepas imam-imam mujtahid?

Hakikatnya apabila kita berpegang kepada pendapat imam mujtahid, kita sudahpun berpegang kepada dalil dan tali yang kukuh. Imam Dzahabi seorang ahli sejarah yang terkenal dan alim mengenai ilmu-ilmu perawi hadis dalam kitab-kitab beliau tidak pernah berbahas mengenai imam-imam mujtahid. Ini kerana penerimaan umum dan kehebatan imam-imam mujtahid mencapai darjah mutawatir, iaitu mustahil untuk orang ramai bersepakat untuk berbohong dalam menyatakan keunggulan imam-imam tersebut.

Ghair muqallidin hari inipun lebih banyak berpandukan pendapat ulama yang tidak mengikut mazhab seperti mereka antaranya Syeikh Nasirudin al-Albani. Persoalannya sekarang apabila mereka mengikut al-Albani maka mereka sahajalah Ahlusunnah wal-jama’ah. Dan apabila kita terikat dengan pendapat-pendapat Syafie maka kita tidak digelar sebagai Ahlussunnah. Di manakah keadilan?

Jadi, apabila kita sedia maklum bahawa ilmu yang ada pada kita hari ini belum tentu cukup untuk kita berbahas segala dalil dalam sesuatu masalah agama, apakah hak kita untuk berijtihad apatah lagi memberi keizinan umum kepada orang-orang awam untuk berijtihad sendiri? Sedangkan tahap pemahaman dalam kalangan ulama ada bezanya, apakah perlu kita menyusahkan orang ramai untuk berfatwa?

09 Januari 2010

Abdul Latif Rahbar: Memahami keperluan bermazhab (Bahagian 1 )

Segala puji bagi Allah ta’ala Pencipta syariah yang sempurna. Salawat dan Salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w. yang telah menyampaikan syariah tersebut sebaik-baiknya.

Juga ke atas keluarga dan sahabat-sahabat Baginda s.a.w. yang mempraktikkannya kepada ummah yang datang kemudiannya. Dan ke atas imam-imam mujtahidin yang telah banyak berkorban dalam memimpin ummah ini dalam memahami syariah yang sempurna ini.

Pembaca yang dimuliakan, dewasa ini kita sering mendengar slogan-slogan yang memanggil kita ke arah pemahaman al-Quran dan Sunnah yang sebenar. Malah ramai di kalangan ahli-ahli akademik sendiri yang menyarankan agar kita mengkaji sendiri sedalam-dalamnya kedua-dua sumber asal syariah kita yang mulia.
Sehinggakan ada di kalangan mereka yang menyatakan bahawa al-Quran dan Sunnah adalah pedoman utama, dan tidak perlu kita bergantung atau mengikut mana-mana mazhab kerana tiada arahan spesifik daripada Baginda s.a.w. supaya kita perlu mengikut individu-individu yang tertentu dalam menghidupkan agama dalam diri kita.

Inilah slogan yang selalu kita dengar akhir-akhir ini, apabila ramai pihak melaung-laungkannya sambil menganggap bahawa bermazhab tidak akan membawa kita kepada kemajuan dan akan meninggalkan kita di bawah tempurung yang amat kecil.

Lalu mereka memberikan keizinan umum kepada semua pihak tidak kira golongan terpelajar atau tidak untuk mengeluarkan pendapat atau melakukan sesuatu amalan asalkan sumber yang didapati benar-benar sahih walaupun pendapat tersebut terang-terang berlawanan dengan pendapat yang telahpun dikeluarkan oleh imam-imam mujtahid yang datang beribu tahun sebelum kita.

Ada juga dalam kalangan mereka yang mengatakan bahawa terdapat pendapat imam tidak mengikut apa yang dinyatakan dalam hadis sahih, oleh itu tidak perlu kita mengamalkannya kerana kita hanya memerlukan sumber yang kuat sahaja dalam agama kita.
Lalu mereka menolak tarawih 20 rakaat, doa qunut pada waktu subuh, bacaan al-Fatihah di belakang imam dan pembatalan wuduk apabila tersentuh dengan wanita kerana pada "kajian" mereka amalan-amalan ini tidak bersandarkan kepada hadis-hadis yang sahih.

Benarkah begitu?

Pertama sekali perlu difahami bahawa untuk mengeluarkan sesuatu pendapat dalam bidang agama kita perlulah mengetahui A-Z bidang tersebut dan mestilah diiktiraf keilmuan kita mengenainya.
Perbuatan mengeluarkan pendapat tanpa ilmu yang diiktiraf adalah salah walaupun pendapat yang dikeluarkan adalah betul.

Sebaliknya, sekiranya seseorang itu sudah diiktiraf mencapai tahap yang mana dia mampu mengeluarkan pendapat berdasarkan sumber agama, lalu dia berfatwa atau berijtihad mengenai sesuatu perkara, maka dia tetap akan mendapat ganjaran walaupun ada kemungkinan untuknya mengeluarkan pendapat yang tidak tepat dalam perkara tersebut. 

Seorang yang tidak mempunyai lesen perubatan sekiranya cuba merawat pesakit adalah dikira bersalah walau sehebat manapun ilmunya dalam bidang perubatan. Sekiranya untuk perubatan jasmani kita terlalu berhati-hati, apatah lagi bidang perubatan rohani?

Perlu diingatkan bahawa yang boleh mengiktiraf seseorang untuk menncapai taraf mujtahid hanyalah golongan-golongan yangg sudah mencapai tahap yang sama. Hanya pakar perubatan boleh mengiktiraf sama ada seorang pelajar perubatan sudah layak untuk merawat pesakit atau sebaliknya.

Diriwayatkan dalam Sunan Abu Daud dari Jabir r.a. bahawa: "Satu ketika kami telah melakukan pengembaraan lalu salah seorang dari kami telah terkena batu lalu terlukalah kepalanya. Pada malamnya dia telah berihtilam (mimpi basah) lalu dia bertanya kepada teman-temannya: 'Adakah kamu semua mendapati sebarang kelonggaran untukku bertayammum (tanpa perlu mandi wajib)?'”

Mereka menjawab: 'Kami tidak menjumpai sebarang kelonggaran untukmu sekiranya kamu masih boleh menggunakan air.' Lelaki tersebut menunaikan mandi wajib dan terbukalah luka di kepalanya lalu dia meninggal." 

Apabila kami sampai kepada Rasulullah s.a.w dan berita ini disampaikan kepadanya Baginda s.a.w bersabda: 'Mereka (yang berpendapat bahawa dia tidak boleh bertayamum) telah membunuhnya, semoga Allah ta’ala membunuh mereka! Mengapa tidak mereka bertanya sekiranya mereka tidak tahu? Sesungguhnya satu-satunya rawatan bagi kejahilan adalah dengan bertanya.'” (Abu Daud 1.93)

Setiap pendapat yang dikeluarkan oleh imam-imam mujtahid sebelum kita seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafii dan Imam Ahmad bin Hanbal adalah pendapat yang telah ditapis, dikaji dan dibahas sebelum mereka berfatwa mengenainya. Imam-imam tersebut akan terlebih dahulu mengambil kira pro atau kontra sesuatu ayat al-Quran dan Sunnah dan bukan hanya bersandarkan kepada sepotong hadis yang mereka temui.

Imam Malik misalnya tidak pernah mengeluarkan pendapat melainkan pendapat tersebut terlebih dahulu diutarakan dan dipersetujui oleh 70 ulama yang hidup pada zaman beliau.
Imam Abu Hanifah mempunyai majlis fatwa beliau yang terdiri dari puluhan ulama yang membahaskan kesemua masalah agama sebelum meluluskan sesuatu fatwa.
Kerana sifat berhati-hati inilah ulama Ilmu Rijal (ilmu berkenaan sejarah perawi-perawi hadis) sama sekali tidak pernah mempertikaikan imam-imam mujtahid dari segi kemampuan mereka berijtihad.

08 Januari 2010

Tsai Eng Meng
Tsai Eng Meng
Net worth: $2.6 billion
Gain: $1 billion
Turned family food company into one of China's most popular food brands, Want Want Holdings. Took the company private in 2007, spinning off non-core hospital, hotel and property businesses, and then relisted in Hong Kong in March 2008 under the name of Want Want China Holdings. Stock up 15% since then.

Millionaire Toys For sale

Henry Samueli
Henry Samueli
Gulfstream jet
Price tag: $28.5 million
Samueli has reportedly been looking for a new owner for his Gulfstream IV jet since August. Legal woes started in May 2007 for the Broadcom co-founder when he told regulators that he was "not involved" with Broadcom stock-option grants. "Of course, that was not the truth, since I was involved in the process," he later admitted. In June, Samueli pleaded guilty to making a false statement.

Billionaire Who Made Billions More.

Liu Yongxing
Liu Yongxing
Net worth: $3 billion
Gain: $1.1 billion
His privately held East Hope Group is one of China's biggest feed producers. Feed demand is rising as China's growing middle class consumes more meat. Also owns aluminum smelters and is investing in the plastics industry in China.

06 Januari 2010

Billionaire Toys For Sale

John Jay Moores
John Jay Moores
2006 Gulfstream G550
Price tag: $50 million
Breaking up is never easy. Former Forbes 400 member John Jay Moores is in the midst of divorce proceedings with his wife of 45 years. The couple owned 90% of the Padres and put the team on the block in December. A group agreed to buy the club in February and are paying a reported $500 million over the next five years. Still on the block is a 2006 Gulfstream G550. Asking price: $50 million. The 16-passenger private jet is owned by JMI Services, Moores' private investment firm.

George Soros
George Soros
Net worth: $11 billion
Gain: $2 billion
Founder of one of the nation's first hedge funds steered his $20 billion Quantum Endowment into "positive territory" last year with bearish bets. Warns the U.S. is facing a severe financial crisis after a 25-year "super-bubble."

Billionaire Toys For Sale

Tim Blixseth
Tim Blixseth
Private Caribbean island
Price tag: $75 million
Tim Blixseth founded the exclusive community Yellowstone Club with then-wife Edra in 2000. The high-end Montana community attracted wealthy members like Bill Gates. Last year, we estimated Tim's net worth at $1.3 billion, but the divorce from Edra cut into his fortune. He's now reportedly selling his private Caribbean island: a five-acre tropical playground in Turks and Caicos. The isle includes a nine-bedroom house with tennis court and pool. According to the Wall Street Journal, Blixseth is also entertaining trades.

Billionaire Who Made Billions More.

Patrick Soon-Shiong
Patrick Soon-Shiong
Net worth: $5.5 billion
Gain: $2 billion
Doctor who invented cancer drug Abraxane split his company into two last year: APP Pharmaceuticals creates hospital products, Abraxis BioScience develops drugs. Sold former to German dialysis-clinic operator Fresenius in July for $5.6 billion, netted $3 billion. Stock in Abraxis BioScience flat over past 12 months.

01 Januari 2010

Billionaire Toys For Sale

Edra Blixseth
Courtesy Chateau de Farcheville
Edra Blixseth
Chateau de Farcheville, a medieval French castle
Price tag: $57 million
Edra and her ex-husband, ex-billionaire Timothy Blixseth, co-founded the now-bankrupt Yellowstone Club. Edra is hoping to raise cash with the sale of her castle, the Chateau de Farcheville outside of Paris. The medieval castle was built in 1304 and comes with a moat, personal hunting grounds, 15 bedrooms, 1,125 acres of land and a helicopter pad. It's also available for rentals at $24,000 a night.

Billionaire Who Made Billions More.

James Simons
James Simons
Net worth: $8 billion
Gain: $2.5 billion
Ex-mathematician's Medallion Fund reportedly up 80% last year. The MIT grad uses complex algorithms to exploit tiny inefficiencies in stock market.

30 Disember 2009

Siapa Akan Menjadi Bilioner Akan Datang....

John Paulson
John Paulson

  Net worth: $6 billion

    Gain: $3 billion

    Hedge fund manager suspected back in 2005 that the U.S. economy was headed for a nosedive. In 2007, personally pocketed $3.5 billion shorting subprime credit, windfall believed to be largest one-year payday in Wall Street history. Last year, his Paulson Advantage fund rose 38% while the S&P 500 sank 39%.


29 Disember 2009

Billionaire Who Made Billions More.

Michael Bloomberg
Net worth: $16 billion
Gain: $4.5 billion
The year's biggest gainer is New York City's mayor, whose net worth climbed 28% in the past 12 months because of a revaluation of his financial data outfit, Bloomberg LP. Last July, he bought a 20% stake in the firm he founded in 1982 from cash-strapped Merrill Lynch for $4.5 billion and increased his ownership stake to 88%. Back in the fall he was even richer, worth $20 billion.

26 Disember 2009

Apabila Musuh Memuji.............

Sejak kebelakangan ini banyak blogger BPN yang pro Umno memuji dan menunjukkan simpati mereka terhadap sesetengah pemimpin PAS. Tidak cukup dengan itu mereka mengemukakan beberapa hadith dalam mengukuhkan hujah-hujah mereka.

Tetapi hujah yang mereka kemukakan itu lebih kepada menjerat pemimpin mereka sendiri, yakni Umno. Hadith-hadith yang dikemukakan itu lebih sesuai ditujukan kepada pemimpin Umno kerana ianya tepat untuk renungan mereka.

Sebagaimana yang dihujahkan, itulah yang sebenarnya dilakukan oleh pemimpin Umno terhadap bangsa/kaum mereka sendiri. Adalah baik buat pemimpin Umno membaca tulisan penyokong mereka sendiri sebagai bermuhasabah pada diri mereka yang sentiasa memzalimi umat Islam dan rakyat Malaysia. Bacalah apa yang mereka tuliskan dibawah ini.

PENA MINANG....

Mungkin isu mengenai kenyataan terbuka Nik Amalina berhubung nasib suaminya adalah satu isu lapuk dan tidak 'sehangat' seperti dahulu. Namun bagi seorang yang 'melihat' isu ini dari aspek kekeluargaan, aku melihat tindakan Nik Amalina ini adalah satu tindakan yang menunjukkan betapa sayangnya beliau terhadap suaminya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman.

Sebenarnya tindakkan Nik Amalina 'meluahkan perasaan' dan 'rasa kecewa' di dalam blog adalah satu perkara yang pernah dilakukan oleh isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Wan Azizah Wan Ismail, tatkala Anwar berdepan dengan kes liwat dan rasuah. Namun dalam bab ini, Nik Amalina menggunakan blog sebagai platform untuk mempertahankan suaminya berbanding Wan Azizah yang menggunakan medium politik dan campurtangan kuasa luar dalam urusan pembebasan suaminya itu.

Kembali semula mengenai kes Nik Amalina ini. Secara jujurnya aku kagum dengan anak perempuan Nik Aziz ini kerana berani menanggung risiko hasil tulisannya yang bakal dikritikan dan dikeji oleh semua pijak sama ada ianya datang dari pihak Pas mahupun UMNO.

Dalam tulisannya Nik Amalina mempertikaikan tindakan pemimpin PAS Kelantan yang hanya mendiamkan diri tatkala suami dan bapanya diserang dari segenap penjuru. Dan bagi aku inilah sikap pemimpin PAS. Hanya bersama apabila senang dan menghilang apabila susah (barangkali UMNO pun semacam ini).

Aku secara peribadi menyokong segala usaha Nik Amalina dalam usahanya menjelas dan membersihkan nama keluarganya kepada masyarakat, yang pada pada hemat aku sikap Nik Amalina ini harus dicontohi oleh semua wanita di Malaysia - Mempertahankan Maruah Suami.

Kita tahu politik itu sering bergelumang dengan pelbagai kontroversi, hasad dengki dan fitnah. Dan kali ini, suami Nik Amalina sudah terkena tempias politik berkenaan. Abdul Ariffahmi Abdul Rahman dituduh / difitnah yang dari individu / perkumpulan yang datang dari pelbagai ideologi politik. Dan tindakan Nik Amalina mempertahankan maruah suaminya adalah satu tindakan yang wajar, kerana selagi seseorang itu tidak terbukti bersalah, maka beliau bebas dari pertuduhan berkenaan.

Walaupun kes salah guna kuasa menantu Nik Aziz ini sudah diserahkan kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan, namun jauh disudut hatiku timbul satu perasaan sedih dengan nasib yang menimpa bangsaku ini. Bangsa ku kini sakit...sakit dengan sifat iri hati, dengki dan gemar menabur fitnah.

Aku ingin mengajak kalian memahami hadis yang dibawah ini;

عن أبي هريرة قال: قال رسول الله لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تباغضوا، ولا يبع بعضكم على بيع بعض، وكونوا عباد الله إخوانا، المسلم أخو المسلم، لا يظلمه ولا يخذله، ولا يكذبه، ولا يحقره، التقوى ههنا، ويشير إلى صدره ثلاث مرات بحسب امرئ من الشر أن يحقر أخاه المسلم، المسلم على المسلم حرام دمه، وماله، وعرضه -رواه مسلم.

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim. Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.

Sepotong lagi hadis berbunyi;

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ فيِ الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيْهِ ..

"Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit niscaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya. Barang siapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju surga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan akan turun kepada mereka ketenteraman, rahmat Allah akan menyelimuti mereka, dan Allah memuji mereka di hadapan (para malaikat) yang berada di sisi-Nya. Barang siapa amalnya lambat, maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya." (HR Muslim)

Jika dilihat dari kedua-dua hadis yang dikemukakan diatas, dimanakah sikap orang Melayu yang mengaku beragama ISLAM? Aku bukan mahu membela sesiapa dalam perkara ini, namun dalam masa yang sama aku mempersoalkan tindakan UMNO Kelantan yang memanggil pihak media ketika mahu menyerahkan aduan rasuah kepada SPRM. Selain itu aku turut mempertikaikan tindakan demonstrasi yang dilakukan oleh UMNO Kelantan di hadapan Pejabat Menteri Besar Kelantan.

UMNO Kelantan harus menyedari bahawa posisi mereka di Kelantan adalah Pembangkang. Manakala PAS adalah pemerintah. Jika bersandarkan kepada hadis, maka UMNO Kelantan adalah puak Khawarij manakala tindakan UMNO Kelantan memanggil media ketika menyerahkan aduan rasuah kepada SPRM dan Demonstrasi di hadapan Pejabat MB adalah satu perkara yang ditegah keras oleh Rasulullah S.A.W.

Dari Hudzaifah Ibnul Yaman, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Akan ada sepeninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengambil petunjukku dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul pula di tengah-tengah kalian orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan dalam wujud manusia. Aku (Hudzaifah) bertanya: “Apa yang harus aku lakukan jika aku mendapatinya, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “(Hendaknya kau tetap) mendengar dan taat kepada penguasa, meskipun punggungmu dipukul dan hartamu dirampas, (tetap bersikaplah) mendengar dan taat!’. (Hadis Riwayat Muslim, no. 1847)

Jadi di dalam hal ini, aku ingin bertanya kepada UMNO Kelantan, dimanakah aqidah dan pegangan anda? Janganlah bertindak melampaui batas dan mengikut hawa nafsu dalam melakukan satu-satu tindakan. Pastikan segala tindakan yang hendak dilakukan itu adalah sejajar dengan kehendak Syarak!!!


Aku bukan hendak membela Nik Aziz, tetapi apa yang dilakukan oleh UMNO Kelantan ini ternyata bertentangan dengan kaedah yang dianjurkan oleh Islam. Islam menetapkan apabila seseorang pemerintah itu melakukan kesilapan, maka adalah menjadi kewajipan kepada rakyat untuk menasihatkan pemimpinnya itu. Namun dalam masa yang sama teknik dan cara penyampaian kritikan dan nasihat haruslah bersandarkan kepada syariat Islam.

1) Islam menetapkan apabila seseorang pemerintah itu hendak dinasihati, haruslah dalam keadaan tidak ada sesiapa di sekelilingnya (Tidak ada rakyat / kumpulan masyarakat dipersekitarannnya). Ini bagi menjaga maruah pemimpin tersebut.

2) Menasihati dengan menggunakan bahasa yang lembut dan merendah diri ketika memberi teguran, namun dalam masa yang sama teguran itu haruslah disampaikan secara tegas. Dan setelah kita menasihati pemerintah, kita kembali kepada tempat asal kita dan tidak menyebarkan keaibannya kepada orang lain.

Inilah antara kriteria yang digariskan oleh ISLAM mengenai cara menasihati pemerintah. Namun adakah kita mengikut segala peraturan dan kriteria ini pada masa sekarang? Jawapannya tidak!!! Kita lebih gemar memaki hamun, mencaci, dan mengata belakang.

Aku hendak bertanya kepada kalian, berapa kalikah Lim Kit Siang mencaci presiden Gerakan Dr. Koh Tsu Kun? Berapa kalikah Lim Guan Eng memerli Ong Tee Keat, Presiden MCA, atau berapa kalikah M. Kula Segaran menghina Senator T. Muruguiah dari PPP?

Jawapannya = TERLALU SEDIKIT

Mengapa mereka (kaum kafir) ini 'kurang' mencaci maki sesama sendiri? Jawapannya mudah, mereka tak mahu berpecah belah hanya disebabkan masalah politik yang bakal merugikan nasib bangsanya.

Berlainan dengan pemimpin politik berbangsa MELAYU dan beragama ISLAM yang aku rasa sudah berbakul-bakul menabur fitnah, carutan, makian, penghinaan antara satu sama lain. Malah jikalau boleh aku katakan disini disebabkan politik mereka sanggup mempertaruhkan nasib agama dan bangsa. Mereka sanggup berpecah belah, semata-mata berlainan ideologi politik....Inilah nasib bangsa MELAYU. Sanggup berpecah kerana politik.

Aku hendak menyeru kepada semua para pemimpin MELAYU ISLAM sama ada di dalam zon Pemerintah mahupun pembangkang supaya kembali kepada asas perjuangan AL-QURAN dan SUNNAH. Sudah sampai masanya kita membuang logo-logo parti demi kepentingan ISLAM.

Kesimpulannya walaupun artikel ini sudah lari dari tajuk yang hendak aku perkatakan, namun renungilah nasib yang menimpa bangsa kita. Kepada Nik Amalina, bersabarlah dengan dugaan yang melanda keluarga anda. Sebagai seorang muslim, saya akan tetap mendoakan kesejahteraan buat keluarga anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4U2C Posts

News Story

SELSEMA